Thursday, 30 July 2015

MaklumBalas


Hati mu menentukan siapa yang kau cintai..
Tapi sifat mu yang menentukan berapa lamanya dia akan mencintaimu..

Kerana kenangan tetap ada tetapi jangan terlalu fokus padanya..
Hidup mu bukan untuk kenangan tetapi untuk masa depan..

Andainya kau tahu apa isinya hati ku..
Apa yang ku rasakan saat ini..
Apa agaknya maklum balas dari mu..

By Mr. LaNo AmYa

Wednesday, 29 July 2015

Izinkan aku


Kadang kala orang yang kau cintai adalah orang yang paling menyakiti dirimu 
dan kadang kala pula teman yang membawa ke dalam pelukannya serta menangis bersamamu adalah cinta yang tidak kau sedari.

Sayang..

Izinkan aku mencintaimu.. berteman denganmu.. bersahabat denganmu.. 
Bukan hanya ketika kau senang dan bersuka tetapi juga pada saat kau susah dan berduka..
Aku tidak mampu menjanjikan apa-apa yang besar namun setakat apa yang termampu oleh ku..
Kerana aku..............

Cari aku.. hanya aku..

By Mr.LaNo AmYa








Monday, 27 July 2015

Broga dalam kenangan

Pertemuan kita telah diaturkan..
Bukan oleh kita dan juga orang lain..
Kita menjalani kehidupan dari tempat berbeza..
Kita membesar dalam keadaan yang berbeza..
Kita bersekolah kemudian berkerja ditempat berbeza..
Malah bahasa bangsa dan kepercayaan juga berbeza..
Kita bertemu pertama kalinya dalam keadaan biasa saja..
Di sebuah pusat karaoke bersama teman-teman..
Ketika itu kita mengalami suatu situasi yang sama iaitu dikecewakan..
Namun tiada gambaran kesedihan diwajah kerana kita bijak menyembunyikannya..
Kita cuba melontarkan perasaan dalam lagu..
Kemudian kita meneruskan agenda disebuah kedai makan..
Kita bersembang kosong semata-mata tanpa isinya..
Dan itulah kali pertama dan terakhir kita bertemu..
Kita menjalani kehidupan seperti biasa..
Tanpa ingatan tentang hari itu..
Sebulan berlalu dan kita dipertemukan lagi..
Dalam situasi berbeza dimana kita memenuhi undangan teman..
Untuk menemani mereka pergi mendaki..
Mendaki adalah aktiviti kegemaran aku..
Manakala kau pula baru melibatkan diri dengan aktiviti ini..

Bersambung....

Kita dan Broga









Cinta mengajar kita untuk hidup berdua..
Bukan untuk mendua..

Cinta mengajar kita untuk setia di hati..
Bukan untuk mengingkari..

Cinta mengajar kita untuk berbagi..
Bukan untuk saling menyakiti..

Cinta mengajar kita saling menyayangi..
Bukan untuk mengkhianati..

By Mr.LaNo AmYa
For Mrs.lAnO aMyA

Saturday, 25 July 2015

Tahun ketiga raya bersama

Raya ketiga kita sejak bersama.. ku ada mu dan mu ada ku..
Terima kasih cinta untuk segalanya..
Suka dan duka silih berganti.. susah dan senang terpaksa ditempuhi.. Bahagia bersama mu.. syukur selalu..
Bersalaman bermaafan rutin harian..
Rindu ku untuk mu..

Mr.LaNo AmYa

Friday, 24 July 2015

Aku dan Perasaan Ini





Cinta itu bukan apa yang difikirkan oleh Akal tetapi Cinta itu adalah apa yang dirasakan oleh Hati..

Sayang jika mencintaimu adalah suatu kesalahan..

maka..

Biarkan aku bersalah dan terus dipersalahkan..

By Mr.LaNo AmYa 

Thursday, 23 July 2015



Bertemu dengan Mu adalah Takdir

Menjadi Teman Mu adalah Pilihan

Tapi Jatuh Cinta dengan Mu

Luar Jangkaan Ku

Aku MencintaiMu


Bukan kerana diri Mu


Terlihat Sempurna

Tetapi kerana


Keberadaan Mu


Membuat Ku rasa Sempurna



By Mr.LaNo AmYa 




Wednesday, 22 July 2015



 Biarlah kita menjadi cinta terakhir kepada seseorang

 Kerana Mungkin Kita Sudah Terlambat
 Untuk Menjadi Cinta Pertamanya

Tetapi Kita Belum Terlambat 
 Untuk Menjadi 
 CINTA TERAKHIRNYA

By Mr.Lano AmYa GiG
HI!

Lama tak menjenguk blog ini..pasti ada yang menyangka ianya sudah terkubur..
OMG!!!

Sebenarnya email n password terlupa..
dan bagaimana ia kembali hidup adalah kerana.........

Im not yukie akila...

Im hacker n penggodam kepada yukie akila..

Yukie Akila Sahaja OK!!!!!!
((((Bukan pada orang lain)))))

It's all about me n yukie..

Sayang...

Terima kasih.. 

Tiga tahun satu bulan satu minggu yang lalu awak menemui saya..
Menerima saya apa adanya..

Im Mr.Lano GiG