Monday, 27 July 2015

Broga dalam kenangan

Pertemuan kita telah diaturkan..
Bukan oleh kita dan juga orang lain..
Kita menjalani kehidupan dari tempat berbeza..
Kita membesar dalam keadaan yang berbeza..
Kita bersekolah kemudian berkerja ditempat berbeza..
Malah bahasa bangsa dan kepercayaan juga berbeza..
Kita bertemu pertama kalinya dalam keadaan biasa saja..
Di sebuah pusat karaoke bersama teman-teman..
Ketika itu kita mengalami suatu situasi yang sama iaitu dikecewakan..
Namun tiada gambaran kesedihan diwajah kerana kita bijak menyembunyikannya..
Kita cuba melontarkan perasaan dalam lagu..
Kemudian kita meneruskan agenda disebuah kedai makan..
Kita bersembang kosong semata-mata tanpa isinya..
Dan itulah kali pertama dan terakhir kita bertemu..
Kita menjalani kehidupan seperti biasa..
Tanpa ingatan tentang hari itu..
Sebulan berlalu dan kita dipertemukan lagi..
Dalam situasi berbeza dimana kita memenuhi undangan teman..
Untuk menemani mereka pergi mendaki..
Mendaki adalah aktiviti kegemaran aku..
Manakala kau pula baru melibatkan diri dengan aktiviti ini..

Bersambung....

No comments:

Post a Comment